Timeline Produksi
Berapa Lama Proses Untuk Menyiapkan Satu Kisah?
Setiap kisah dalam Siri Jejak Cahaya mempunyai tempoh produksi yang berbeza. Kami tidak dapat menetapkan satu timeline yang sama untuk setiap kisah kerana panjang cerita, jumlah scene dan tahap kerumitan setiap kisah tidak sama.
Ada kisah yang lebih ringkas, manakala ada kisah yang memerlukan lebih banyak masa untuk penulisan, visual, animasi dan penyuntingan. Setiap kisah akan melalui proses secara satu per satu, antaranya:
- 01Research dan pengumpulan sumber
- 02Penulisan serta penyusunan skrip
- 03Semakan rujukan Al-Quran, hadis dan tafsir yang berkaitan
- 04Perancangan scene dan visual
- 05Penghasilan visual dan animasi
- 06Voice over
- 07Penyuntingan video dan audio
- 08Semakan akhir
- 09Penerbitan
Kami tidak menyiapkan kesemua 25 kisah secara serentak. Setiap kisah akan melalui keseluruhan proses ini sebelum kami bergerak kepada kisah seterusnya. Atas sebab itu, kami tidak menetapkan tarikh siap yang tetap untuk kesemua 25 Nabi โ keutamaan kami adalah memastikan setiap kisah diberikan masa yang mencukupi dari segi sumber, penceritaan dan kualiti produksi.
๐ Sebagai Gambaran: Tempoh Kisah Yang Telah Siap
Memandangkan tempoh sebenar sukar untuk dianggarkan dengan tepat, berikut kami kongsikan tempoh masa yang telah diambil untuk menyiapkan kisah-kisah yang sedia ada, sebagai gambaran kasar sahaja:
| Kisah Nabi | Durasi Video | Masa Diperlukan |
|---|---|---|
| Nabi Ibrahim a.s. | 11:05 | 2 minggu ++ |
| Nabi Ismail a.s. | 17:39 | 3 minggu ++ |
| Nabi Ishaq a.s. | 6:55 | 1 minggu |
| Nabi Yaakub a.s. | 5:40 | 1 minggu |
| Nabi Yusuf a.s. | 40:04 | 2 bulan |
| Nabi Yunus a.s. | 10:59 | 3 minggu |
| Nabi Nuh a.s. | 21:48 | 1 bulan ++ |
Walau bagaimanapun, kesemua tempoh di atas adalah anggaran dan gambaran umum sahaja. Kami tetap tidak dapat menetapkan satu tarikh siap yang tetap bagi setiap kisah, kerana ia tertakluk kepada keadaan semasa, kekangan dalaman dan pelbagai faktor lain yang mungkin timbul sepanjang proses produksi.
Current Production Update
Apa Yang Sedang Berlaku Sekarang?
Nabi Adam a.s. ๐ค
Kisah Nabi Adam a.s. kini sedang melalui proses penghasilan visual dan animasi, sebelum bergerak ke peringkat voice over dan penyuntingan. Berikut kedudukan kisah ini dalam keseluruhan proses produksi:
โญ๏ธ Selepas Nabi Adam a.s.
Kisah seterusnya: Nabi Musa a.s.
Memandangkan kisah Nabi Musa a.s. mempunyai banyak peristiwa dan pengajaran penting, kami merancang untuk membahagikannya kepada dua bahagian:
Progress bagi setiap bahagian akan dikongsikan dari semasa ke semasa.
Senarai Penuh
Progress 25 Nabi
Nota: Turutan di atas digunakan sebagai senarai progress 25 Nabi dan tidak semestinya menunjukkan bahawa semua kisah akan diproduksikan mengikut turutan tersebut. Susunan produksi boleh berubah mengikut perancangan Siri Jejak Cahaya.