Progress Produksi Siri Jejak Cahaya
๐ŸŽฌ STATUS PRODUKSI

Progress Produksi Siri Jejak Cahaya ๐Ÿค

Ikuti perkembangan terkini penerbitan kisah para Nabi dalam Siri Jejak Cahaya โ€” dikemas kini dari semasa ke semasa.

Timeline Produksi

Berapa Lama Proses Untuk Menyiapkan Satu Kisah?

Setiap kisah dalam Siri Jejak Cahaya mempunyai tempoh produksi yang berbeza. Kami tidak dapat menetapkan satu timeline yang sama untuk setiap kisah kerana panjang cerita, jumlah scene dan tahap kerumitan setiap kisah tidak sama.

Ada kisah yang lebih ringkas, manakala ada kisah yang memerlukan lebih banyak masa untuk penulisan, visual, animasi dan penyuntingan. Setiap kisah akan melalui proses secara satu per satu, antaranya:

  • ๐Ÿ”Ž01Research dan pengumpulan sumber
  • โœ๏ธ02Penulisan serta penyusunan skrip
  • ๐Ÿ“–03Semakan rujukan Al-Quran, hadis dan tafsir yang berkaitan
  • ๐ŸŽฌ04Perancangan scene dan visual
  • ๐ŸŽจ05Penghasilan visual dan animasi
  • ๐ŸŽ™๏ธ06Voice over
  • โœ‚๏ธ07Penyuntingan video dan audio
  • ๐Ÿ”08Semakan akhir
  • ๐Ÿš€09Penerbitan

Kami tidak menyiapkan kesemua 25 kisah secara serentak. Setiap kisah akan melalui keseluruhan proses ini sebelum kami bergerak kepada kisah seterusnya. Atas sebab itu, kami tidak menetapkan tarikh siap yang tetap untuk kesemua 25 Nabi โ€” keutamaan kami adalah memastikan setiap kisah diberikan masa yang mencukupi dari segi sumber, penceritaan dan kualiti produksi.

๐Ÿ“Š Sebagai Gambaran: Tempoh Kisah Yang Telah Siap

Memandangkan tempoh sebenar sukar untuk dianggarkan dengan tepat, berikut kami kongsikan tempoh masa yang telah diambil untuk menyiapkan kisah-kisah yang sedia ada, sebagai gambaran kasar sahaja:

Kisah NabiDurasi VideoMasa Diperlukan
Nabi Ibrahim a.s.11:052 minggu ++
Nabi Ismail a.s.17:393 minggu ++
Nabi Ishaq a.s.6:551 minggu
Nabi Yaakub a.s.5:401 minggu
Nabi Yusuf a.s.40:042 bulan
Nabi Yunus a.s.10:593 minggu
Nabi Nuh a.s.21:481 bulan ++
๐Ÿ“Œ Tempoh di atas hanya merangkumi proses penyediaan kisah sahaja (research sehingga penyuntingan), dan tidak termasuk proses semakan panel agama yang memerlukan tambahan lebih kurang 1 hingga 2 minggu.

Walau bagaimanapun, kesemua tempoh di atas adalah anggaran dan gambaran umum sahaja. Kami tetap tidak dapat menetapkan satu tarikh siap yang tetap bagi setiap kisah, kerana ia tertakluk kepada keadaan semasa, kekangan dalaman dan pelbagai faktor lain yang mungkin timbul sepanjang proses produksi.

๐Ÿ“Œ Progress akan dikemas kini dari semasa ke semasa supaya anda boleh mengikuti perkembangan terkini Siri Jejak Cahaya. ๐Ÿค

Current Production Update

Apa Yang Sedang Berlaku Sekarang?

๐ŸŽจ SEDANG DALAM PENGHASILAN VISUAL & ANIMASI

Nabi Adam a.s. ๐Ÿค

Kisah Nabi Adam a.s. kini sedang melalui proses penghasilan visual dan animasi, sebelum bergerak ke peringkat voice over dan penyuntingan. Berikut kedudukan kisah ini dalam keseluruhan proses produksi:

โœ“
Research dan pengumpulan sumber
โœ“
Penulisan serta penyusunan skrip
โœ“
Semakan rujukan Al-Quran, hadis & tafsir
โœ“
Perancangan scene dan visual
5
Penghasilan visual dan animasiSEDANG BERLANGSUNG
6
Voice over
7
Penyuntingan video dan audio
8
Semakan akhir
9
Penerbitan

โญ๏ธ Selepas Nabi Adam a.s.

Kisah seterusnya: Nabi Musa a.s.

Memandangkan kisah Nabi Musa a.s. mempunyai banyak peristiwa dan pengajaran penting, kami merancang untuk membahagikannya kepada dua bahagian:

1๏ธโƒฃ BAHAGIAN PERTAMA
Nabi Musa a.s. & Laut Terbelah
2๏ธโƒฃ BAHAGIAN KEDUA
Nabi Musa a.s. & Nabi Khidr a.s.

Progress bagi setiap bahagian akan dikongsikan dari semasa ke semasa.

Senarai Penuh

Progress 25 Nabi

7 / 25 Kisah Siap 1 sedang dalam penyuntingan ยท 17 akan datang
01Nabi Adam a.s.Penyuntingan
02Nabi Idris a.s.Akan datang
03Nabi Nuh a.s.Siap
04Nabi Hud a.s.Akan datang
05Nabi Saleh a.s.Akan datang
06Nabi Ibrahim a.s.Siap
07Nabi Lut a.s.Akan datang
08Nabi Ismail a.s.Siap
09Nabi Ishaq a.s.Siap
10Nabi Yaakub a.s.Siap
11Nabi Yusuf a.s.Siap
12Nabi Ayyub a.s.Akan datang
13Nabi Syu’aib a.s.Akan datang
14Nabi Musa a.s.Produksi seterusnya
15Nabi Harun a.s.Akan datang
16Nabi Zulkifli a.s.Akan datang
17Nabi Daud a.s.Akan datang
18Nabi Sulaiman a.s.Akan datang
19Nabi Ilyas a.s.Akan datang
20Nabi Ilyasa’ a.s.Akan datang
21Nabi Yunus a.s.Siap
22Nabi Zakaria a.s.Akan datang
23Nabi Yahya a.s.Akan datang
24Nabi Isa a.s.Akan datang
25Nabi Muhammad ๏ทบAkan datang

Nota: Turutan di atas digunakan sebagai senarai progress 25 Nabi dan tidak semestinya menunjukkan bahawa semua kisah akan diproduksikan mengikut turutan tersebut. Susunan produksi boleh berubah mengikut perancangan Siri Jejak Cahaya.